Selasa, 10 April 2012

Selasa, 27 Mac 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4



Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 4



Tarikh / Hari    20.3.2012 / Selasa                                          Masa   :8.40 Pagi – 9.40 Pagi
                                                                                                Bil. Pelajar : 30 orang.
Kelas               : 4 Dedikasi
M/Pelajaran     : Bahasa Melayu
Tajuk               : “Siti Nurbaya”
Objetif             : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :-
1.    Mengambil imlak perkataan dengaan ejaan yang betul
2.    Melakar rajah dengan pelbagai bentuk
3.    Menyebut maksud dengan jelas dan tersusun
Pengetahuan sedia ada : Murid – murid pernah mendengar pelbagai bentuk cerita di radio
      dan televisyen.
Konsep            : Hukuman denda kepada orang yang melakukan kesalahan
Bahan              : Laptop , cerita , warna, lembaran kerja.
Nilai                 : Berhati – hati
Kemahiran      : 9.1 – Mengambil imlak teks puisi dengan ejaan yang betul
                          10 – Melakukan transformasi maklumat dalam teks puisi.


  



Langkah/Masa

Isi Pelajaran


   Aktiviti pengajaran pembelajaran                                        




Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(5 minit)
Anak yatim
1.Guru meminta murid membezakan antara anak yatim dengan anak yatim piatu
1.Murid memberi pendapat masing - masing

Perkembangan
(50 minit)
Siti Nurbaya
1.Guru mengaitkan perkataan anak yatim dengan tajuk pelajaran hari ini



2.Guru meminta murid mendengar dan melihat dengan teliti cerita yang disampai

3.Guru meminta murid berdiri dan menyanyi sambil membuat pergerakan



4.Guru menyambung ceritaa dan meminta seorang murid lelaki mengazankan menandakan masuknya waktu maghrib.





1.Murid mendengar guru memberi penerangan dan membezakan konsep yatim dan yatim piatu


2.Murid –murid duduk secara sabtai sambil mendengar guru bercerita dengan penuh minat.


3.Murid berdiri dan menyanyi lagu “lang melayang” dengan yan burung terbang bebas



4.Seorang murid lelaki melaungkan azan dengan suara yang lunak











Integrasi muzik








Integrasi pendidikan Agama Islam




Penutup
(5 Minit)
Kesan pengambilan makanan tidak seimbang kepada manusia
Guru bersoaljawab dengan murid-murid sekiranya mengambil makanan tidak seimbang dalam kehidupan seharian.
Murid menyebut jenis-jenis penyakit seperti jantung, gaut, obeseti, kencing manis dan lain-lain
Integrasi
Pendidikan Kesihatan dan Sains.


  




5.Guru  menyambung dan menyoal murid supaya meramal  kesudahan cerita

6. Guru mengakhiri kesudahan cerita dan membuat rumusan dalam bentuk pantun dua kerat






7.Guru menyuruh murid menyebut penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan gambar yang dilukis dan satu simpulan bahasa yang berkaitan dengan ayam.


8. Murid diberi imlak perkataan berdasarkan cerita Siti Nurbaya.

5.Murid memberi beberapa ramalan yang munasabah


6. Murid diberi dua aktiviti sekumpulan murid :

1)     Mencari jenis pantun dua kerat di internet
2)     Satu kumpulan lagi melakukan aktiviti mengikut arahan guru iaitu melukis empat gambar

7. Murid menyebut penjodoh bilangan yang sesuai seperti sepasang kaki , sepasang telinga sepasang mata yang terdapat pada anggota manusia.Sepetak Sawah sebatang sungai seekor ayam

8.Murid mencatat dua puluh perkataan yang berimbuhan yang disebut oleh guru












Integrasi Pendidikan Seni



Kenali Saya









Hamidah bt Shaari

D20111049576 

Tajuk Blog : Hamidah bt Shaari



  • PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 
  • FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA 

                                           

Sabtu, 10 Mac 2012

Siti Nurbaya



       Siti Nurbaya merupakan seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang kematian bapa sejak berusia 3 bulan. Siti Nurbaya hanya tinggal dan membesar bersama ibunya yang bernama Mak Cik Jah. Mereka dua beranak tinggal di sebuah kampung .Kampung mereka bernama Kampung Batin.

       Saban hari ibu Siti Nurbaya akan keluar menjual ikan kering,ikan pekasam dan daun kaduk di pasar. Siti Nurbaya ditinggalkan seorang diri di rumah. Siti hNurbaya tidak suka membuang masa, baginya masa adalah ibarat emas yang tidak boleh di sia – sia kan dan seperti air yang mengalir tanpa henti. Semasa ibunya keluar mencari rezeki, Siti Nurbaya akan mengemas rumah, mencuci pakaian dan menanak nasi  serta memasak lauk - pauk untuk dijadikan hidangan mereka dua beranak.

       Setiap hari Siti Nurbaya menungggu kepulangan ibunya di hadapan pintu. Namun, langit tidak selalu cerah, awan tidak selalunya mendung,kelibat ibunya yang selalunya pulang pada waktu tengahari kini tidak kelihatan.Tambahan pula,hari sudah hampir maghrib. Hati Siti Nurbaya amat gusar bak kera kehilangan anak, tidak senang duduk dibuatnya. Dalam diam – diam Siti Nurbaya menyanyikan  sebuah lagu :-


      

Lang – lang melayang terbalik – balik
              Lang menuju ke pulau Pinang
              Tunggu emak tak balik –balik
               Air mata berlenang – lenang.

       Siti Nurbaya dengan pantas mengambil air sembahyang lalu bersembahyang  maghrib tiga rakaaat. Kemudian disambungnya dengan Sunat Awwabin enam rakaat. Setelah selesai bersembahyang Siti Nurbaya melipat pakaian seorang diri di ruang tamu rumahnya.
          Tiba – tiba Siti Nurbaya terdengar suara orang lelaki memberi salam.Siti Nurbaya mengenali suara itu. Suara itu ialah suara Pak Mud.Pak Mud merupakan seorang bilal di kampung Batin, Siti Nurbaya dengan sepantas kilat membuka pintu rumahnya.Alangkah terkejutnya Siti Nurbaya apabila melihat ada seorang pegawai polis di hadapan rumahnya. Setelah Pak Mud menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya, Siti Nurbaya terkedu dan kebingungan.Dia tidak dapat berkata apa – apa . Rupa – rupanya ibu Siti Nurbaya  telah ditangkap polis kerana menjadi ‘Keldai dadah’. Batin Siti Nurbaya terseksa  dengan apa yang  dilakukan oleh ibunya . Hatinya hancur bagai kaca terhempas di batu.Akhirnya Siti Nurbaya dihantar ke rumah anak yatim oleh Iman Kampung Batin.

Pengajaran daripada cerita ini saya sampaikan dalam tiga rangkap pantun dua kerat:

Pak Bilal membentang sejadah,
Jangan jadi keldai dadah.

Cucu Lijah bernama Jalal,
Mencari rezeki biarlah halal.

Merah sungguh biji saga,
Hati anak harus dijaga.

Sekian , terima kasih








Di karang oleh Cikgu Hamidah