Sabtu, 10 Mac 2012

Siti Nurbaya



       Siti Nurbaya merupakan seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang kematian bapa sejak berusia 3 bulan. Siti Nurbaya hanya tinggal dan membesar bersama ibunya yang bernama Mak Cik Jah. Mereka dua beranak tinggal di sebuah kampung .Kampung mereka bernama Kampung Batin.

       Saban hari ibu Siti Nurbaya akan keluar menjual ikan kering,ikan pekasam dan daun kaduk di pasar. Siti Nurbaya ditinggalkan seorang diri di rumah. Siti hNurbaya tidak suka membuang masa, baginya masa adalah ibarat emas yang tidak boleh di sia – sia kan dan seperti air yang mengalir tanpa henti. Semasa ibunya keluar mencari rezeki, Siti Nurbaya akan mengemas rumah, mencuci pakaian dan menanak nasi  serta memasak lauk - pauk untuk dijadikan hidangan mereka dua beranak.

       Setiap hari Siti Nurbaya menungggu kepulangan ibunya di hadapan pintu. Namun, langit tidak selalu cerah, awan tidak selalunya mendung,kelibat ibunya yang selalunya pulang pada waktu tengahari kini tidak kelihatan.Tambahan pula,hari sudah hampir maghrib. Hati Siti Nurbaya amat gusar bak kera kehilangan anak, tidak senang duduk dibuatnya. Dalam diam – diam Siti Nurbaya menyanyikan  sebuah lagu :-


      

Lang – lang melayang terbalik – balik
              Lang menuju ke pulau Pinang
              Tunggu emak tak balik –balik
               Air mata berlenang – lenang.

       Siti Nurbaya dengan pantas mengambil air sembahyang lalu bersembahyang  maghrib tiga rakaaat. Kemudian disambungnya dengan Sunat Awwabin enam rakaat. Setelah selesai bersembahyang Siti Nurbaya melipat pakaian seorang diri di ruang tamu rumahnya.
          Tiba – tiba Siti Nurbaya terdengar suara orang lelaki memberi salam.Siti Nurbaya mengenali suara itu. Suara itu ialah suara Pak Mud.Pak Mud merupakan seorang bilal di kampung Batin, Siti Nurbaya dengan sepantas kilat membuka pintu rumahnya.Alangkah terkejutnya Siti Nurbaya apabila melihat ada seorang pegawai polis di hadapan rumahnya. Setelah Pak Mud menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya, Siti Nurbaya terkedu dan kebingungan.Dia tidak dapat berkata apa – apa . Rupa – rupanya ibu Siti Nurbaya  telah ditangkap polis kerana menjadi ‘Keldai dadah’. Batin Siti Nurbaya terseksa  dengan apa yang  dilakukan oleh ibunya . Hatinya hancur bagai kaca terhempas di batu.Akhirnya Siti Nurbaya dihantar ke rumah anak yatim oleh Iman Kampung Batin.

Pengajaran daripada cerita ini saya sampaikan dalam tiga rangkap pantun dua kerat:

Pak Bilal membentang sejadah,
Jangan jadi keldai dadah.

Cucu Lijah bernama Jalal,
Mencari rezeki biarlah halal.

Merah sungguh biji saga,
Hati anak harus dijaga.

Sekian , terima kasih








Di karang oleh Cikgu Hamidah

1 ulasan: